BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

27 Feb 2012

Peluh Berbatu-batu #episode 2

kepada Dieyla,
semestinya kau tertanya-tanya tentang hal tempoh hari, aku sebenarnya terpegun dan telah jatuh hati pada kau Dieyla, tapi aku tahu kau Cuma anggap aku sebagai teman, sebab itu aku tak dapat nak jawab soalan kau pada tempoh hari. Aku harap kita masih lagi berkawan macam biasa.
_________________________________________________________________

Dieyla melihat ke kanan dan ke kiri kemudian menyimpan semula surat ke dalam loker, dia teruskan perjalanannya ke dewan kuliah.

Tibanya langkahan memasuki dewan kuliah, Dieyla terkaku seketika. Di depan matanya melihat Yahya sedang tunduk melihat sesuatu, Dieyla segera mencari tempat duduk yg berjauhan dari Yahya (selalunya mereka sering duduk bersama).

‘Zeez! What So Serious! This Is Ridiculous’
Kedengaran bunyi mesej di dewan kuliah, ramai orang melihat ke arah bunyi itu. Bunyi itu daripada orang sebelah Dieyla, Dieyla mula cemas takut-takut Yahya melihatnya di situ.

Seketika kemudian, lecturer masuk dan semua orang bertukar focus mereka ke whiteboard. ‘Huh!’ Dieyla bernafas lega. ‘…! ..!’(vibrate) Dieyla membuka mesej, “Dieyla, tak datang kuliah ke? Lecturer dah masuk” Dieyla menjadi cemas, tidak tahu hendak berbuat apa, ‘…! ..!’(vibrate) mesej dari Yahya lagi, “tak ada kredit ke?” Dieyla bercakap di dalam hatinya, “ada, tapi aku nak cakap apa dengan kau? Aku datang tapi aku tak nak duduk sebelah kau? ” ‘…! ..!’(vibrate) mesej dari Maxis, ”RM0.00. 012-3456789 telah Berjaya berkongsi RM5 ”

Dieyla semakin tidak senang duduk, “apa aku nak buat ini?”

Tiba-tiba lecturer bersuara, “baiklah hari ini saya nak lihat siapa yang hadir, bila saya sebut nama sila angkat tangan” “ahmad faizal” ”aqilah” ”baizatul”

Dihati kecil Dieyla, “kenapa pula hari ini nak lihat kehadiran?” “Cherry Leong” “Delima”
“owh tidak nama aku sudah dekat” “Dhary Lim” “Dibha A/P Mutu”
“owh apa harus aku lakukan sekarang?” “Dieyl…”

[bersambung Peluh Berbatu-batu 3]

18 Feb 2012

Peluh Berbatu-batu #episode 1


"Jangan kata sembarangan kerana ia boleh mengundang perselisihan" kata nenek.

itulah ucapan yg terlintas difikiran Yahya ketika Dieyla bertanya mengenangi penampilannya hari ini, (Yahya meletak jari jemarinya di dagu) “urm... Dieyla, aku nak cakap tapi keberatan, tapi takut lagi orang lain cakap, kau derita”.

“IIIIIIIIIIiiiiiiiiiiiiiisssssssshhhhhhhhhhhhhhhh............ Yahya nie buat orang pening la...”
(berjalan terkedek-kedek dengan pantas menghampiri telinga Yahya) “Cakap jela...”
kemudian berundur beberapa langkah mengorak langkah manis, meng-kiutkan diri menyeru Yahya berkata-kata.

Yahya tergelak (dengan tiba-tiba) lalu mengangkat tabek hormat dan berkata "you are the best, bak pujuk memujuk memang nombor satu, tapi malangnya hari ini teknik tu tak berapa nak jadi la, sebab hari ini memang kau lain sangat, apa-apa hal kau esok lusa tulat dan hari-hari seterusnya sila-silalah dressup macam hari-hari sebelum ini dan bukan macam hari ini"

Dieyla memuncungkan mulutnya dan berkata "tapi... Yahya belum..."
"shh... sudah jangan cakap apa-apa, tolonglah dengar, aku merayu" Yahya mencelah.

KEESOKKAN HARINYA
ketika Dieyla membuka lokernya, terdapat sepucuk surat, dibelek-belek sambil berfikir "entah siapa yang tulis surat ini, secret admire ke? hee~" "eh Yahya!" disambungnya selepas tertera nama Yahya sekecil-kecil tulisan di penjuru surat, Dieyla membuka sampul surat...

____________________________________
kepada Dieyla,
semestinya kau tertanya-tanya tentang hal tempoh hari, aku...

[bersambung Peluh Berbatu-batu #episode 2]

12 Feb 2012

Kesedaran tentang kesah lalu

Kesedaran tentang kesah lalu 
baruku sedar sebenarnya mereka yang pernah lalui pelbagai dugaan dengan kitalah yang akan kekal berhubung dengan kita walau pernah gaduh kutuk benci membenci bahkan bila berjumpa berpaling muka, tapi bila berjumpa sekian lama berpisah, keeratan kembali, mmg ajaib, tidak dapat diungkap, walau berbual kembali saat pertengkaran, tetap tidak mewujudkan dendam atau marah.
Syed(Me) ckp, “tak kira kamu jumpa dengan orang bagaimanapun, adakanlah sesuatu yg membuatkan wajah kita tidak dilupakan dalam fikiran mereka, kerana pabila lama tidak bertemu ’minda menkatogerikan kamu sebagai teman’”

dan perjalan kesah hidup di UiTM
Sungguh tidak disangkaku akan dapat bertemu teman yang ramai, mudah bergurau bergelak tawa walaupun agak terkilan kerana dalam kelas seramai 37 orang, tiada seorang pun siswi, semuanya siswa. Hari-hariku di kelas, ku lihat kanan, ya lelaki, lihat kiri, ya juga laki-laki, bila ditoleh ke belakang, pergh laki, lihat depan, lecturer perempuan. haha ^_^ gasak la janji masih terhibur

4 Feb 2012

Sesi Kepulangan [PP ke SA]

03/02/12 - Jumaat

2.40PM
Kaki mula melangkah keluar dari pintu bilik bersama bagasi
menunggu lif dari tingkat 2
keluar dari kolej menuju pintu keluar universiti

dan

3.00PM
journey begin ---> to Jetty[Butterworth]
_location. front of UiTMPP

3.20PM
arrived and waiting
_location. Jetty at Butterworth

5.40PM
bus moving ---> to Seksyen17[ShahAlam]
_location. Jetty at Butterworth

10.40PM
journey end
_location. depot bus at Seksyen 17

Jam menunjukkan hampir pukul 11
aku mengetuk pintu

dan
TAMAT~