BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

31 Mar 2012

My Pinky Moments

SABTU [31/03/2012]

Assalammua'laikum pembuka kata, marilah sertai bersama.


wow! Tarikh tutup 31 March 2012 

Last Moments, JOINED :D haha





Terima kasih penutup bicara, harap maaf jika terguris jiwa.

~~~~~ PERHATIAN! Contest ini ~~~~~ 
Dianjurkan oleh : Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com
Ditaja bersama : HazmanFadzil.Com, 
Alyzafisol.comBlogr.my, Sharidawati.blogspot.com, 
                          Enveeus.Com dan Syokkahwin.Com

29 Mar 2012

cuti sem keje McD

ISNIN [26/03/2012]

sekali lagi kerja di McD
aduh sayang
berhenti kerja berhenti kerja
member gaji naik kita gaji beginner

First kerja, 13 Dec 2010
masa ini baru tamat SPM
First berhenti, 'PLKN'

Second kerja, selepas 'RAYA'
Second berhenti, 'STUDY'

Third kerja, cuti 'STUDY'
Third berhenti, 'tunggu nama hilang dari system'
Manager cakap kalau boleh balik datang masuk kerja sekarang gaji dah mahal takkan nak keluar masuk McD lagi, cuba kekalkan jadi pekerja walaupun masih belajar.

21 Mar 2012

Pertama kali full effort

ISNIN [19/03/12]
Start selepas solat subuh, Alhamdulillah semangat tanpa putus ulangkaji sehingga larut malam,
hanya berhenti seketika untuk mandi, basuh pakaian, makan, solat, dan tidur petang.

Mereka yg lain juga turut ramai yg bersemangat, mulai petang ulangkaji sehingga tidak tidur malam,
mereka tidur selepas tamat menduduki peperiksaan math 9.00AM-12.00PM.

Pada daku pula selepas paper math terus packing fail-fail math simpan dan terus keluarkan fail-fail fizik,
daku ada masalah sedikit dalam ilmu fizik ini, tapi malangnya satu malam online. Mujur selepas subuh ada semula semangat, daku lihat semula semua nota-nota lalu daku salin semula formula-formula yg ada di dalam kertas dan di tampal pada dinding belajar. Pada pukul 12.00PM daku tidur sehingga 2.30PM, mandi solat makan singgah library masuk asar pergi jemaah di pusat Islam kemudian kembali ke bilik. Salin pakaian dan kemudian melawat jiran-jiran, oh mereka sedang melayan korea, komik, counter-strike, dota, tengok trailer movie 2012 (hehe) daku terjoin tengok trailer.

Tidak mengapalah, last paper ini jatuh pada hari Sabtu, memadai rasanya ulangkaji pada setiap kali selepas Subuh.
Mudah-mudahan segala ilmu yg daku baca, faham dan hafal dikembalikan  kepadaku ketika daku memerlukannya.
Amin~

10 Mar 2012

Teacher n Student

"If there are any idiots in the room, will they please stand up," said the sarcastic teacher. After a long silence, one freshman rose to his feet. "Now then mister, why do you consider yourself an idiot?!" inquired the teacher with a sneer. "Well actually I don't," said the student, "but I hate to see you standing up there all by yourself."

A mother with her straight little girl

A Mom is driving her little girl to a friend’s house for a play date. “Mommy,” the little girl asks, “how old are you?

“Honey, you are not supposed to ask a lady her age,” the mother warns. “It is not polite.”

“Ok,” the little girl says. “How much do you weigh?

“Now really,” the mother says, “these are personal questions, and really none of your business.”

Undaunted, the little girl asks, “Why did you and daddy get a divorce?

“That is enough questions, honestly!” The exasperated mother walks away as the two friends begin to play.

“My Mom wouldn’t tell me anything,” the little girl says to her friend.

“Well,” said the friend, “all you need to do is look at her drivers license. It is like a report card—it has everything on it.”

Later that night, the little girl says to her mother, “I know how old you are. You are 32.”

The mother is surprised and asks, “How did you find that out?

“I also know that you weigh 140 pounds.” The mother is past surprise and shocked now.

“How in heaven’s name did you find that out?

“And,” the little girl says triumphantly, “I know why you and daddy got a divorce.”

“Oh really?” the mother asks. “And why’s that?

“Because you got an F in sex.”

Pandangannya Tadi membuka fikiran

SABTU[10/03/2012]

Tadi dia melihat daku terus tanpa berkelip mata, buat daku sayu dan tidak  tahu mahu berbuat apa.

Situasi tadi berlalu begini, daku sambil tersenyum memasuki pintu masuk foodcourt, terlihat dia, membuat senyuman daku terkaku, dalam keadaan masih tersenyum selangkah demi selangkah di ambil mengundur diri, sejurus penglihatan daku tidak melihatnya terus di angkat tangan kanan dan menepuk dahi sambil beredar pantas ke kolej.

Gadis ini, daku kenal dua bulan yg lalu, keperibadian yg disampaikan; seorang yg rajin belajar dan tidak suka bersosial malah pendiam. Membuat perasaan ini terharu dan diketuk pada masa yg sama. Setiap kali bertembung dengannya akan daku lemparkan senyuman dan bertegur sapa dengannya, tapi malahan dia tidak membalas, ya tidak mengapa kerna dia tidak suka bersosial dan pendiam, daku cuba mengerti walau seringkali berharap dia melayani daku walau seketika.

Hari berganti hari dengan keanehan, setiap hari akan daku terserempaknya, lalu daku mengucap "kita bertembung hari-hari mesti ada jodoh kan?" ucapan beserta senyuman dilempar. Kemudian dia membalas "ish" beserta senyuman dan menundukkan tubuhnya yg ayu molek. Harapan daku kini bersinar seperti bintang yg bersinaran di malam hari.

Namun, dia bukanlah seorang yg daku sangkaan. Begitu banyak yg dibual orang dan begitu banyak yg lain dari yg daku sangka, terdapat satu situasi "ko senyum dekat dia? ko suka dia ke? takyah la" reply reply reply "xpe tiap kali aq bertembung dgn dia aq akan tetap lemparkan senyuman x kira ape pun yg terjadi" lalu beredar dengan kehairanan.

Kemudian dengan sekelip mata, orang yg akan daku bertembung hari-hari ini keesokkan hari berjalan sambil berbual mesra dengan seorang laki-laki, mereka baru couple pada minggu itu. Situasi dialog bertembung dengan teman daku, "dia kata dia nak study tapi cepat betul dia da couple" "perempuan cakap macam mana pun kalau da kene ayat memang akan cair gak" "jadi salah aq lah tak ayat dia? aq hormat dengan keputusan dia doe, lagipun aq taktau pulak cepat gile dia leh cair" "heyh lek la bunga bukan sekuntum ko cakap je ko nak yg mane aq boleyh setting untuk ko" "diam la ko ayat je lebeh tapi sorang pun takde" "hai ayat lebeh la senang tackle awek, aq takde sebab takde lagi yg aq berkenan" "ape ape la kawan"

Semenjak hari itu, tiap kali terlihat wajahnya kelibat wajahnya aura kehadirannya, akan daku larikan diri dengan sepantas yang terdaya. Kawan daku ada berkata "eh dia perasan kowt ko larikan diri dari dia" "argh biarlah kalau aq cakap dengan dia pun bukan dia nak bercakap dengan aq, balas senyuman pun jarang sekali, duk konon konon pendiam pemalu" "pergh ko emo gile lek la jom kita pegi makan"

Daku ulangi perkara sama melarikan diri dari melihatnya sehingga kini, namun sejak seminggu dua  ini tanpa perlu melarikan diri memang jarang sekali bertemu dengannya, dulu tiap hari sekarang tidak lagi, dan yang anehnya kelakuannya yg dilakukan pada hari ini. Pandangannya yg tepat kearahku tanpa berkelip, seolah-olah berfikirkan sesuatu yg serius. APAKAH? bukankah daku tidak punyai apa-apa makna di matanya? ingin berbual denganku tidak, dengan orang lain ya, siap couple lagi, walaupun dia sudah clash 3 minggu, dan semenjak itu daku jarang bertembungnya, tapi apakah permainannya hari ini? Daku keliru. Haruskah selepas kali ini jika bertembung lagi perlu daku lakukan seperti mula-mula bertemu dulu? senyuman bertanya khabar cuba membuka bicara? atau tika bertemu daku melemparkan senyuman yg manis? atau terus saja mengundur diri?

Kadangkala cinta yg hadir  tanpa diundang itu membuat kita bahagia
adakalanya merana
adakalanya membuat kita keliru terdiam seribu bahasa
adakalanya mengganggu konsentrasi

Tekanan jiwa with HEP system

'--,

Jumaat [09/03/2012]

Hari ini daku berjanji dengan seorang teman untuk berjumpa di depan LP(laman perdana) untuk pergi ke bilik lecturer lukisan kejuruteraan, maaf ya daku janji melayu. Kul 10 telah bangkit bersiap, tapi ada masalah perut dan misai daku hodoh sekali, jadi mengambil masa untuk menenangkan perut dan membuang misai. Maka janji sharp 10.30 menjadi 10.50, sabar dulu bertenang 20min baru ^_^

Masa berlalu dan terus berlalu, kul 3 mulai perjalanan ke HEP dengan tujuan yg mudah sekali iaitu serah buku KI dan marilah pulang ke kolej. Namun tidak semudah yg diduga "ish nie xlengkap nie, kena ada pengesahan, kami fhm tp at least ada 2 3 cop", sedang daku keluar terlihat notis, tanpa dibaca dengan teliti, dengan pantas menaip 'ko xpegi taklimat kemahiran insaniah ke?'. reply reply reply maka datanglah beliau bersama seangkatan tentera. "Oh apakah?" di benak fikiran. Sungguh malu namun diberanikan diri memohon maaf sambil menundukkan sedikit anggota badan.

Kemudian dimaafkan kerna ada juga antara mereka yg tidak kisah kerna mereka ingin singgah ke HEP untuk mengisi borang koko. Daku turut pergi bersama, maklumlah dengan penuh rasa bersalah. Di sini daku mulai ketahui akan sesuatu masalah yg besar, ya memang daku sudah lama mengisi borang koko namun TT berlaku kecuaian yg mengakibatkan asalnya masuk rekreasi menjadi kesatria. 5 perkara bermain difikiran;

  • topi harga bpe? 
  • baju harga bpe? 
  • dorg kata takde kawad tapi nanti mesti ada berbaris macam PLKN sebelum mula ape ape aktiviti, kaki kanan kaki kiri err baris dorg camner? 
  • kalau kem tak pakai hijau 24 jam boleyh ke? 
  • rambut paling panjang yg boleyh diterima had mne?"
Lalu berakhir bicara, ya mahu atau tidak mahu tidak akan mengubah apa-apa, pasrah sahaja. Turun dibawah hampir hampir diselekoh terdengar iqamah. Maka berhajat dihati ingin singgah seketika, namun ketika diraba-raba kandungan beg, kad aktiviti tiada, bergegas daku ke HEP untuk mengambilnya meninggalkan teman-teman dengan ucapan "ko kan belum tidur pergi la tidur, ko pulak nak pegi balik bilik pastu pegi fotostat kan? pegi la xpe biar aq pegi sorg sorg"

Ingin sambung perjalan namun tidak kesampaian
WAKTU BEKERJA TELAH TAMAT
kecil rasa diri

9 Mar 2012

Tanpa kusedari

Khamis [08/03/2012]

Selepas petang beransur menglesapi diri, daku makan bersama teman searas. Pada mulanya kurasakan hanya menjamu selera mengisi perut yang kekosongan, namun selepas selesai menjamah tatkala itu perjalanan ke luar kota bermula.

Pada mulanya memasuki kereta MyVi, daku mulai gundah dan gelisah kerna daku tidak membawa wang yg secukupnya untuk berhibur. Hanya ada wang sejumlah RM7 di kocek, RM3.80 sudah diguna buat mengisi perut. Kata mereka ingin pergi sunway menonton John Crocer, daku tidak tahu harus bagaimana mampu untuk mendapatkan wang sejumlah yg diperlukan.

Ya syukur, ada yg berubah fikiran, berkata "apa kata kita tengok esok saja, kita tengok sebelum kul 6 lebih murah lagi"
daku menyokong.

Lalu keluarlah kami pergi dari lokasi itu, tetapi tidak pula menyangka akan ke tempat lain. Dalam hati kecilku, "mereka ini, pelik-pelik sungguh". Berhenti di satu restoran melayu untuk melanggani shisha. Ya daku akui menyukainya, namun tidak pula wang di kocek menyokong hasratku, lalu daku tidak berkongsi wang untuk menikmati kelazatan shisha, hanya meminta secawan ais limau.

Sungguh tidak disangka memiliki peluang menghisapnya malah diberi kesempatan sehingga bersurai, mereka tidak hisap banyak, daku berkata "kenapa tak hisap lagi?", dia membalas "kenapa mesti hisap banyak-banyak? nak tunjuk siapa lagi kuat? aku tak sekuat kau hisap banyak-banyak". Dengan kehairanan daku mengucapkan "bukan itu maksudku cuma mahu bertanya"

Kemudian pula mengunjungi karaoke, ya macam biasa nak tong tong duit lagi, daku kata daku tidak mahu nyanyi, masa berlalu selama sejam, ya ada dua lagu daku terlibat sama, kenangan terindah samsons dan hijau zainal abidin.

Maka berakhirlah segalanya berakhir, daku amat berpuas hati. Cuma ya berfikir fikir juga bila masa daku pula berjasa kerna dilubuk hati kecil ada perasaan tersentuh dan serba salah.

The end of my story.

8 Mar 2012

Lukisan Kejuruteraan

Khamis [08/03/2012]

Drawing drawing drawing, kenapalah bila tarik pembaris paper jadi hitam hilang markah, hendak mengiapkan satu lukisan bukan sekejap, mahu makan masa 2 jam.

Kalau lukisan sempurna dapat 9/10
Kalau lukisan sempurna tapi comot dapat 8/10
Kalau lukisan ada lari sedikit jarak-jarak dapat 7/10
Kalau lukisan ada putus-putus, anak patah penanda tidak sempurna dapat 6/10

Markah daku tertinggi dapat 8 sebab masalah pembaris, dan kebanyakan 7 sebab asyik lari sahajalah jarak-jarak TT

Kini sedang melukis semula assignment 4 dan 5 kerana mendapat markah 5 dan 5, gara-gara kesuntukan masa dan kelewatan daku sendiri hadir ke bilik studio melukis.

YEAH WORK HARDER AND MORE COURAGE<--- yang penting keyakinan ^_^

Apakah aku dijangkiti penyakit

Khamis [08/03/2012]

Pagi ini tubuh daku merasakan kesejukan sehingga menggigil ibarat terperangkap di dalam peti beku.
Apakah daku demam? Terasa sedikit kehangatan tubuh ini melawan udara sejuk membeku.

Mungkin kehangatan ini adalah daripada hasil reaksi badan melawan kesejukan atau barangkali daku telah dijangkiti penyakit demam.

Daku ada sedikit bersenam, lompat bintang 150 kali dan tekan tubi 40 kali, ini sedikit sebanyak membantu menghangatkan lagi tubuh yang kian kaku. Semasa tekan tubi tangan ini sememangnya kaku ibarat akan patah. Maka daku menganggarkan ini berpunca dari kesejukan yang hadir dari entah di mana.

1 Mar 2012

Mini Project

Khamis[01/03/2012]

Hari ini jam 11pg daku dan teman telah berjaya melaksanakan presentation self powered vehicles (FOODCOURT CAR)
Kelajuan untuk ke garisan penamat adalah 2.91s yg telah berjaya mendapatkan tempat kedua.
*1st Place = 2.60s
*3rd Place = 3.00s

FOODCOURT CAR, nama yg diberi oleh kami.
Lecturer meminta kami menghasilkan rubberband car menggunakan barang terpakai,
jadi kami membuat keputusan untuk mengambil segala keperluan di foodcourt.

Gambar lakaran serta Gambar hasil FOODCOURT CAR kami...

 MATERIALS

· Wooden chopsticks
· Wooden sticks
· 2 rubber bands
· Wooden glue
· Bottle
· Bottle cap
· Double tape
· Rubber board
· Eraser