BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

18 Aug 2012

Blackout Eh Apa Yg Lembut Ini?

Semasa bekerja di McD
Tika masanya lewat malam
Customer hadir untuk makan malam mengisi perut yg meraung kebuluran

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramainya -_-'
Aina: Syed fries dah habis!
Syed: Aduh, dah ramai haruslah habis. Tunggu apa lagi, tambahlah.
Aina: Bukan... fries memang tak ada dah, dalam peti ais dah tak ada!
Syed: haha kau panggil peti ais? aduh, k k aku pergi tengok sekejap macam mana.
           Jaga tempat aku ini sekejap.

di 'Peti Sejuk'
^_^ haha betul habis, dah dah pelanggan semua boleh balik *cakap seorang diri

Syed: Bang fries habis, boleh ganti dengan twister fries yg dah berkurun terkurung sekian promosi
           prosperity burger tamat?
Manager: Dah tengok code date?
Syed: Haruslah, kan baru minggu lepas clean up, twister tu tahan setahun lagi, yg patties prosperity
           itu kan sudah di buang sebab dah expired
Manager: A'ah yg kau buang dekat rumah kau tu kan
Syed: haha sepeket saja, ingat nak borong semua tapi peti sejuk tak muat pula
Manager: Tak sakit perut?
Syed: Tak. Taiko kita cakap McD control kualiti. Expired date yg sebenar lebih kurang sebulan lagi.
           Saya suka dengar   ucapan orang yg dah lama kerja ini lagi-lagi dah 9 tahun kan.
Manager: Ye la dik, aku pun baru 2 tahun.

di Counter
Aina: Weyh Syed customer dah tunggu lama ini macam mana?
Syed: Mana customer tak nampak pun?
Aina: Kami cakap nanti kami hantar
Syed: Baik baik baik, nah masak ini.
Aina: Apa ini? Ini bukan fries kan?
Syed: Hang penah makan McD tak sebelum ini? Tahulah hang ini baru kerja tapi takkan tak kenal
Aina: Mana pernah makan, mahal. Tahu boleh dapat makan free terus kerja sini. Tapi penatlah bang.
Syed: -_-' apa abang abang? nampak kasut saiz 10 aku? dah masak cepat kata customer tunggu
Aina: Macam mana? Sama macam fries biasa?
Syed: Sama. Tp nanti angkat awal sikit kalau tak hitam jadinya dan bila shake, shake betul-betul kalau tak melekat.
Ini Twister Fries, memang sensitif sikit