BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

7 Oct 2014

Lelaki Sihir Pemusnah

Selasa - 07/10/2014

Seorang lelaki bukan Islam menggunakan Ruqyah Islam dalam sihirnya, lelaki ini berkulit hitam dan bergurukan lelaki tua berkulit putih. Orang tua itu mengajarkan kepada pemuda ini keyakinan dan jampi serapah.

Ada seorang lelaki Islam bertanya kepada pemuda tersebut: "Apakah kau tahu maksud disebalik apa yang engkau jampi itu?"
Lelaki sihir, "tidak, aku cuma pasti yang apabila aku ucapkan begini pasti akan jadi begini."
Pemuda Islam, "tahukah kamu yang itu adalah doa agama kami kepada tuhan kami yakni Allah."
Lelaki sihir, "kenapa aku tidak pernah melihat kalian mendapatkan kuasa sebegini."
Pemuda Islam, "kerana mereka tidak seyakin kamu."

31 Dec 2012

Penipuan RM100

From: 0198118492

RM.0 promotion's
Tahniah sim kad
Anda tlh meraih
HADIAH PERCUMA
"RM 19,000.00"
dr SHELL HELIX
NO PIN 552299
sila call di talian
SHELL SDN BHD
0128101094
TQ
1:08PM, 29 Dec

Hmm... Call jela credit banyak lagi
Kalau tipu pun dia nak tipu macam mana kan?
Tak rugi apa-apa pun.
ring! ring!
Hello boleh saya bantu?
"Saya menang cabutan bertuah"
Menang?
"Saya terima mesej"
Owh ya, baik sebelum itu saya perkenalkan diri saya Hj Ismail
sempena ulangtahun ke...
"..."
Anda akan dapat RM19,000.00 hari ini juga
Ada akaun bank apa yg guna kad?
Maybank ya?
Baik apa no akaun Syed Muhammad, kami akan activekan hadiah dalam sistem
Baik Syed Muhammad, kami dah masukkan sekarang boleh pergi mana2 ATM terdekat
dan saya akan ajar cara untuk mendapatkan duit RM19,000.00. Ada kena masukkan no pin kan?
Lepas berada di depan ATM sila hubungi semula.

Baik masukkan kad
Tekan semak baki
Baik apa tertulis?
Tekan lain-lain perkhidmatan
Tekan prabayar
Tekan Celcom
Baik apa tertulis?
Tekan RM100
Baik baki sekarang tinggal berapa?
Resit ambil ya
Baik sila sebut no yg tertera pada resit
kami akan tracking untuk memasukkan reward
"7897 7839 1455 4255"
Baik sekarang Tekan Pemindahan Ke Pihak Ketiga
Masukkan no akaun Syed Muhammad
Tekan 19000
Tekan ya
Baik apa tertulis?
"had pindaan RM1000"
Baik Syed Muhammad ya, kami telah memasukkan hadiah RM19,000.00 ke dalam akaun Syed Muhammad
tetapi kerana ada had RM1000. Jadi Syed Muhammad perlu menambah RM1000 dalam akaun Syed Muhammad
dan kami akan genapkan nilai RM20,000.00 dalam akaun Syed Muhammad
"tak faham, ulang macam mana?"
Macam ini Syed Muhammad... Faham?
"tak tak, macam mana?"
Awak faham tak saya cakap... Boleh?
"ok"

[Panggilan ketiga]
Hello, jadi Syed Muhammad telah memasukkan RM1000?
Di mana Syed Muhammad sekarang?
"Depan ATM"
Baik masukkan kad
Baik apa tertulis?
Syed Muhammad awak jangan main-main
saya tahu awak tidak berada di depan ATM
kalau betul mesti nama awak naik
Tak baik menipu, berdosa tau Syed Muhammad
Betul tak?
Baiklah sekarang awak jangan hubungi nombor ini lagi kerana awak cuma main-main
...

_____________________________________________________________________

???
Pergh terkena, ingat tak akan kena. Astaghfirullah. Subhanallah.
Macam-macam perangai manusia.

To: 0128101094
Assalamua'laikum Warahmatullah,
rezeki yg halal datang dari sumber yg halal.
Aduan akan dibuat esik pagi.
Sila kembalikan wang jika berhajat membatalkan dakwaan.
Sekian.
11:21PM, 30 Dec
______________________________________________________________________

Isnin 31/12/12 02:41AM
Tiada jawapan diterima
Posted~

23 Nov 2012

Jangan Tembak TTwTT

Dia marah lalu mengacukannya ke arahku,
BaMm...!!!
Aku tersedar dari buaian mimpi~

___________________________________________________________________________
Situasi sebelum ledakan senjata tak berapa bahaya di das kan

Angry (bukan Angry Bird): Aduh tak guna punya stepler, berlubang kaki aku!
Syed: Janganlah marah dia, dia tak salah. Hati-hatilah ok
Angry: Hah sekarang kau pilih nak bunuh aku atau benda nie kalau nak hidup
Syed: Weyh agak-agaklah, letak benda tu letak benda tu

BaMm...!!!
Mimpi pendek Oink.


JUMAAT [23/11/2012]

18 Aug 2012

Blackout Eh Apa Yg Lembut Ini?

Semasa bekerja di McD
Tika masanya lewat malam
Customer hadir untuk makan malam mengisi perut yg meraung kebuluran

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramainya -_-'
Aina: Syed fries dah habis!
Syed: Aduh, dah ramai haruslah habis. Tunggu apa lagi, tambahlah.
Aina: Bukan... fries memang tak ada dah, dalam peti ais dah tak ada!
Syed: haha kau panggil peti ais? aduh, k k aku pergi tengok sekejap macam mana.
           Jaga tempat aku ini sekejap.

di 'Peti Sejuk'
^_^ haha betul habis, dah dah pelanggan semua boleh balik *cakap seorang diri

Syed: Bang fries habis, boleh ganti dengan twister fries yg dah berkurun terkurung sekian promosi
           prosperity burger tamat?
Manager: Dah tengok code date?
Syed: Haruslah, kan baru minggu lepas clean up, twister tu tahan setahun lagi, yg patties prosperity
           itu kan sudah di buang sebab dah expired
Manager: A'ah yg kau buang dekat rumah kau tu kan
Syed: haha sepeket saja, ingat nak borong semua tapi peti sejuk tak muat pula
Manager: Tak sakit perut?
Syed: Tak. Taiko kita cakap McD control kualiti. Expired date yg sebenar lebih kurang sebulan lagi.
           Saya suka dengar   ucapan orang yg dah lama kerja ini lagi-lagi dah 9 tahun kan.
Manager: Ye la dik, aku pun baru 2 tahun.

di Counter
Aina: Weyh Syed customer dah tunggu lama ini macam mana?
Syed: Mana customer tak nampak pun?
Aina: Kami cakap nanti kami hantar
Syed: Baik baik baik, nah masak ini.
Aina: Apa ini? Ini bukan fries kan?
Syed: Hang penah makan McD tak sebelum ini? Tahulah hang ini baru kerja tapi takkan tak kenal
Aina: Mana pernah makan, mahal. Tahu boleh dapat makan free terus kerja sini. Tapi penatlah bang.
Syed: -_-' apa abang abang? nampak kasut saiz 10 aku? dah masak cepat kata customer tunggu
Aina: Macam mana? Sama macam fries biasa?
Syed: Sama. Tp nanti angkat awal sikit kalau tak hitam jadinya dan bila shake, shake betul-betul kalau tak melekat.
Ini Twister Fries, memang sensitif sikit

18 Jun 2012

Memiliki Kuasa Istimewa

Adakah aku bermimpi?
Sebentar tadi aku kata, "kalau aku boleh hilang ke sana kan best"
Tanpa disedari, aku sudah berada di sana~

Ku cuba berlari keluar dari kawasan yg aneh ini,
Sekarang diri ini pula yg ku rasa aneh.
Pantas sungguh aku berlari,
Tak dapat nak kira sudah berapa kali aku ulang alik di kawasan yg sama.
Tiada erti penat dan masa seakan-akan tidak bergerak.

Aku terasa ingin membeli seluar, kerana seluar yg ku pakai ini tidak sesuai utk berlari.
Apakah?
Tiba-tiba aku sudah tiba di Up Town. Seluar yg ku ingin ada di depan mata.
Malang sekali aku tak bawa apa, aku pun berkata, "kalaulah ada 100"
Eh eh eh?
Apa ini?
100?
Tangan aku sedang memegang note seratus,
kemudian dengan tersenyum aku berkata ingin membelinya,
kemudian lagi terlihat di sebelahnya ada sweater yg ku minati,
Tanpa membuang waktu ku tanya, "bang seluar tadi dan sweater ini berapa?"
Penjual itu membalas, "RM76"
kemudian segera aku beredar dari situ dan ku cuba lagi membuat duit
"kalau ada 50"
Eh?
"kalau ada 50!"
Fokus fokus...
^_^
"betullah aku boleh buat duit"

Cuba lagi
"50"
"50!"
"50...!"
fokus fokus
"50...!!!"
Err?
Tiba-tiba tak boleh kenapa ini?
"50 50 50 50 50 50"
"50 (-_-")
Dapat!

Akhirnya sekian otak aku bagai nak pecah... TTwTT