Semasa bekerja di McD
Tika masanya lewat malam
Customer hadir untuk makan malam mengisi perut yg meraung kebuluran
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramainya -_-'
Aina: Syed fries dah habis!
Syed: Aduh, dah ramai haruslah habis. Tunggu apa lagi, tambahlah.
Aina: Bukan... fries memang tak ada dah, dalam peti ais dah tak ada!
Syed: haha kau panggil peti ais? aduh, k k aku pergi tengok sekejap macam mana.
Jaga tempat aku ini sekejap.
di 'Peti Sejuk'
^_^ haha betul habis, dah dah pelanggan semua boleh balik *cakap seorang diri
Syed: Bang fries habis, boleh ganti dengan twister fries yg dah berkurun terkurung sekian promosi
prosperity burger tamat?
Manager: Dah tengok code date?
Syed: Haruslah, kan baru minggu lepas clean up, twister tu tahan setahun lagi, yg patties prosperity
itu kan sudah di buang sebab dah expired
Manager: A'ah yg kau buang dekat rumah kau tu kan
Syed: haha sepeket saja, ingat nak borong semua tapi peti sejuk tak muat pula
Manager: Tak sakit perut?
Syed: Tak. Taiko kita cakap McD control kualiti. Expired date yg sebenar lebih kurang sebulan lagi.
Saya suka dengar ucapan orang yg dah lama kerja ini lagi-lagi dah 9 tahun kan.
Manager: Ye la dik, aku pun baru 2 tahun.
di Counter
Aina: Weyh Syed customer dah tunggu lama ini macam mana?
Syed: Mana customer tak nampak pun?
Aina: Kami cakap nanti kami hantar
Syed: Baik baik baik, nah masak ini.
Aina: Apa ini? Ini bukan fries kan?
Syed: Hang penah makan McD tak sebelum ini? Tahulah hang ini baru kerja tapi takkan tak kenal
Aina: Mana pernah makan, mahal. Tahu boleh dapat makan free terus kerja sini. Tapi penatlah bang.
Syed: -_-' apa abang abang? nampak kasut saiz 10 aku? dah masak cepat kata customer tunggu
Aina: Macam mana? Sama macam fries biasa?
Syed: Sama. Tp nanti angkat awal sikit kalau tak hitam jadinya dan bila shake, shake betul-betul kalau tak melekat.
Ini Twister Fries, memang sensitif sikit
18 Aug 2012
Blackout Eh Apa Yg Lembut Ini?
Yg penat menaip Sye[D][D] Muhammad Al-Yahya stopwatch 8/18/2012 04:03:00 pm 0 Peninggalan nota
18 Jun 2012
Memiliki Kuasa Istimewa
Adakah aku bermimpi?
Sebentar tadi aku kata, "kalau aku boleh hilang ke sana kan best"
Tanpa disedari, aku sudah berada di sana~
Ku cuba berlari keluar dari kawasan yg aneh ini,
Sekarang diri ini pula yg ku rasa aneh.
Pantas sungguh aku berlari,
Tak dapat nak kira sudah berapa kali aku ulang alik di kawasan yg sama.
Tiada erti penat dan masa seakan-akan tidak bergerak.
Aku terasa ingin membeli seluar, kerana seluar yg ku pakai ini tidak sesuai utk berlari.
Apakah?
Tiba-tiba aku sudah tiba di Up Town. Seluar yg ku ingin ada di depan mata.
Malang sekali aku tak bawa apa, aku pun berkata, "kalaulah ada 100"
Eh eh eh?
Apa ini?
100?
Tangan aku sedang memegang note seratus,
kemudian dengan tersenyum aku berkata ingin membelinya,
kemudian lagi terlihat di sebelahnya ada sweater yg ku minati,
Tanpa membuang waktu ku tanya, "bang seluar tadi dan sweater ini berapa?"
Penjual itu membalas, "RM76"
kemudian segera aku beredar dari situ dan ku cuba lagi membuat duit
"kalau ada 50"
Eh?
"kalau ada 50!"
Fokus fokus...
^_^
"betullah aku boleh buat duit"
Cuba lagi
"50"
"50!"
"50...!"
fokus fokus
"50...!!!"
Err?
Tiba-tiba tak boleh kenapa ini?
"50 50 50 50 50 50"
"50 (-_-")
Dapat!
Akhirnya sekian otak aku bagai nak pecah... TTwTT
Yg penat menaip Sye[D][D] Muhammad Al-Yahya stopwatch 6/18/2012 04:02:00 pm 0 Peninggalan nota
16 Apr 2012
Mimpi aneh "anakku?"
Daku pernah termimpi berada di dalam situasi di mana daku tergesa-gesa pulang ke rumah,
terlihat isteriku sudah meninggal dunia kerana melahirkan anak pertamaku.
Namun,
Kedengaran anakku memarahiku kerana tidak mengotakan janji akan berada di samping ibunya untuk menyambut kedatangannya. Dimarahi kerana sibuk mencari duit.
________________________________________________________________________
Apakah maksud mimpi ini? Daku keliru~
Siapakah isteriku? Hadirnya dalam mimpi serba dilitupi kain putih~
Yg penat menaip Sye[D][D] Muhammad Al-Yahya stopwatch 4/16/2012 07:41:00 pm 0 Peninggalan nota
31 Mar 2012
My Pinky Moments
Dianjurkan oleh : Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com
Ditaja bersama : HazmanFadzil.Com, Alyzafisol.com, Blogr.my, Sharidawati.blogspot.com,
Enveeus.Com dan Syokkahwin.Com
Yg penat menaip Sye[D][D] Muhammad Al-Yahya stopwatch 3/31/2012 01:08:00 pm 0 Peninggalan nota
29 Mar 2012
cuti sem keje McD
ISNIN [26/03/2012]
sekali lagi kerja di McD
aduh sayang
berhenti kerja berhenti kerja
member gaji naik kita gaji beginner
First kerja, 13 Dec 2010
masa ini baru tamat SPM
First berhenti, 'PLKN'
Second kerja, selepas 'RAYA'
Second berhenti, 'STUDY'
Third kerja, cuti 'STUDY'
Third berhenti, 'tunggu nama hilang dari system'
Manager cakap kalau boleh balik datang masuk kerja sekarang gaji dah mahal takkan nak keluar masuk McD lagi, cuba kekalkan jadi pekerja walaupun masih belajar.
Yg penat menaip Sye[D][D] Muhammad Al-Yahya stopwatch 3/29/2012 10:47:00 pm 0 Peninggalan nota



