BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

11 Sept 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Di sininya saya menulis sepucuk surat elektronik yg kelajuan penyampaiannya serta merta, hanya tunggu penerima membuka dan membacanya.

       Terdahulunya saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala perbuatan buruk keji hina atau perlakuan yang tidak disukai dari segi ZAHIR(kelihatan) mahupun BATIN(tersembunyi).

       Maafkan dan Ampunkanlah manusia yang bernama Syed Muhammad ini dikeseluruhannya dari hujung rambut sehinggalah di hujung jari ibu kakinya.

       Sekiranya surat ini tidak dapat membuatkan hatimu rela memaafkan mengampunkan saya, saya sudi berjumpa denganmu secara peribadi. Tengkinglah, Marahlah, Makilah, Hinalah, dan Cakaplah apa sahaja agar itu dapat membuatkan rasa benci, sakit hati, dan dendam berjaya dihapuskan dari terus membelenggu sanubari hatimu yang halus dan lembut bak sutera.

Sekian sahaja, tulus dan ikhlas.
Syed Muhammad Bin Syed Masharuddin

0 Peninggalan nota: