BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

18 Feb 2012

Peluh Berbatu-batu #episode 1


"Jangan kata sembarangan kerana ia boleh mengundang perselisihan" kata nenek.

itulah ucapan yg terlintas difikiran Yahya ketika Dieyla bertanya mengenangi penampilannya hari ini, (Yahya meletak jari jemarinya di dagu) “urm... Dieyla, aku nak cakap tapi keberatan, tapi takut lagi orang lain cakap, kau derita”.

“IIIIIIIIIIiiiiiiiiiiiiiisssssssshhhhhhhhhhhhhhhh............ Yahya nie buat orang pening la...”
(berjalan terkedek-kedek dengan pantas menghampiri telinga Yahya) “Cakap jela...”
kemudian berundur beberapa langkah mengorak langkah manis, meng-kiutkan diri menyeru Yahya berkata-kata.

Yahya tergelak (dengan tiba-tiba) lalu mengangkat tabek hormat dan berkata "you are the best, bak pujuk memujuk memang nombor satu, tapi malangnya hari ini teknik tu tak berapa nak jadi la, sebab hari ini memang kau lain sangat, apa-apa hal kau esok lusa tulat dan hari-hari seterusnya sila-silalah dressup macam hari-hari sebelum ini dan bukan macam hari ini"

Dieyla memuncungkan mulutnya dan berkata "tapi... Yahya belum..."
"shh... sudah jangan cakap apa-apa, tolonglah dengar, aku merayu" Yahya mencelah.

KEESOKKAN HARINYA
ketika Dieyla membuka lokernya, terdapat sepucuk surat, dibelek-belek sambil berfikir "entah siapa yang tulis surat ini, secret admire ke? hee~" "eh Yahya!" disambungnya selepas tertera nama Yahya sekecil-kecil tulisan di penjuru surat, Dieyla membuka sampul surat...

____________________________________
kepada Dieyla,
semestinya kau tertanya-tanya tentang hal tempoh hari, aku...

[bersambung Peluh Berbatu-batu #episode 2]

0 Peninggalan nota: