BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

27 Feb 2012

Peluh Berbatu-batu #episode 2

kepada Dieyla,
semestinya kau tertanya-tanya tentang hal tempoh hari, aku sebenarnya terpegun dan telah jatuh hati pada kau Dieyla, tapi aku tahu kau Cuma anggap aku sebagai teman, sebab itu aku tak dapat nak jawab soalan kau pada tempoh hari. Aku harap kita masih lagi berkawan macam biasa.
_________________________________________________________________

Dieyla melihat ke kanan dan ke kiri kemudian menyimpan semula surat ke dalam loker, dia teruskan perjalanannya ke dewan kuliah.

Tibanya langkahan memasuki dewan kuliah, Dieyla terkaku seketika. Di depan matanya melihat Yahya sedang tunduk melihat sesuatu, Dieyla segera mencari tempat duduk yg berjauhan dari Yahya (selalunya mereka sering duduk bersama).

‘Zeez! What So Serious! This Is Ridiculous’
Kedengaran bunyi mesej di dewan kuliah, ramai orang melihat ke arah bunyi itu. Bunyi itu daripada orang sebelah Dieyla, Dieyla mula cemas takut-takut Yahya melihatnya di situ.

Seketika kemudian, lecturer masuk dan semua orang bertukar focus mereka ke whiteboard. ‘Huh!’ Dieyla bernafas lega. ‘…! ..!’(vibrate) Dieyla membuka mesej, “Dieyla, tak datang kuliah ke? Lecturer dah masuk” Dieyla menjadi cemas, tidak tahu hendak berbuat apa, ‘…! ..!’(vibrate) mesej dari Yahya lagi, “tak ada kredit ke?” Dieyla bercakap di dalam hatinya, “ada, tapi aku nak cakap apa dengan kau? Aku datang tapi aku tak nak duduk sebelah kau? ” ‘…! ..!’(vibrate) mesej dari Maxis, ”RM0.00. 012-3456789 telah Berjaya berkongsi RM5 ”

Dieyla semakin tidak senang duduk, “apa aku nak buat ini?”

Tiba-tiba lecturer bersuara, “baiklah hari ini saya nak lihat siapa yang hadir, bila saya sebut nama sila angkat tangan” “ahmad faizal” ”aqilah” ”baizatul”

Dihati kecil Dieyla, “kenapa pula hari ini nak lihat kehadiran?” “Cherry Leong” “Delima”
“owh tidak nama aku sudah dekat” “Dhary Lim” “Dibha A/P Mutu”
“owh apa harus aku lakukan sekarang?” “Dieyl…”

[bersambung Peluh Berbatu-batu 3]

0 Peninggalan nota: