Khamis [08/03/2012]
Pagi ini tubuh daku merasakan kesejukan sehingga menggigil ibarat terperangkap di dalam peti beku.
Apakah daku demam? Terasa sedikit kehangatan tubuh ini melawan udara sejuk membeku.
Mungkin kehangatan ini adalah daripada hasil reaksi badan melawan kesejukan atau barangkali daku telah dijangkiti penyakit demam.
Daku ada sedikit bersenam, lompat bintang 150 kali dan tekan tubi 40 kali, ini sedikit sebanyak membantu menghangatkan lagi tubuh yang kian kaku. Semasa tekan tubi tangan ini sememangnya kaku ibarat akan patah. Maka daku menganggarkan ini berpunca dari kesejukan yang hadir dari entah di mana.
8 Mar 2012
Apakah aku dijangkiti penyakit
Yg penat menaip Sye[D][D] Muhammad Al-Yahya stopwatch 3/08/2012 12:37:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Peninggalan nota:
Post a Comment