BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

9 Mar 2012

Tanpa kusedari

Khamis [08/03/2012]

Selepas petang beransur menglesapi diri, daku makan bersama teman searas. Pada mulanya kurasakan hanya menjamu selera mengisi perut yang kekosongan, namun selepas selesai menjamah tatkala itu perjalanan ke luar kota bermula.

Pada mulanya memasuki kereta MyVi, daku mulai gundah dan gelisah kerna daku tidak membawa wang yg secukupnya untuk berhibur. Hanya ada wang sejumlah RM7 di kocek, RM3.80 sudah diguna buat mengisi perut. Kata mereka ingin pergi sunway menonton John Crocer, daku tidak tahu harus bagaimana mampu untuk mendapatkan wang sejumlah yg diperlukan.

Ya syukur, ada yg berubah fikiran, berkata "apa kata kita tengok esok saja, kita tengok sebelum kul 6 lebih murah lagi"
daku menyokong.

Lalu keluarlah kami pergi dari lokasi itu, tetapi tidak pula menyangka akan ke tempat lain. Dalam hati kecilku, "mereka ini, pelik-pelik sungguh". Berhenti di satu restoran melayu untuk melanggani shisha. Ya daku akui menyukainya, namun tidak pula wang di kocek menyokong hasratku, lalu daku tidak berkongsi wang untuk menikmati kelazatan shisha, hanya meminta secawan ais limau.

Sungguh tidak disangka memiliki peluang menghisapnya malah diberi kesempatan sehingga bersurai, mereka tidak hisap banyak, daku berkata "kenapa tak hisap lagi?", dia membalas "kenapa mesti hisap banyak-banyak? nak tunjuk siapa lagi kuat? aku tak sekuat kau hisap banyak-banyak". Dengan kehairanan daku mengucapkan "bukan itu maksudku cuma mahu bertanya"

Kemudian pula mengunjungi karaoke, ya macam biasa nak tong tong duit lagi, daku kata daku tidak mahu nyanyi, masa berlalu selama sejam, ya ada dua lagu daku terlibat sama, kenangan terindah samsons dan hijau zainal abidin.

Maka berakhirlah segalanya berakhir, daku amat berpuas hati. Cuma ya berfikir fikir juga bila masa daku pula berjasa kerna dilubuk hati kecil ada perasaan tersentuh dan serba salah.

The end of my story.

0 Peninggalan nota: