BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

10 Mar 2012

Tekanan jiwa with HEP system

'--,

Jumaat [09/03/2012]

Hari ini daku berjanji dengan seorang teman untuk berjumpa di depan LP(laman perdana) untuk pergi ke bilik lecturer lukisan kejuruteraan, maaf ya daku janji melayu. Kul 10 telah bangkit bersiap, tapi ada masalah perut dan misai daku hodoh sekali, jadi mengambil masa untuk menenangkan perut dan membuang misai. Maka janji sharp 10.30 menjadi 10.50, sabar dulu bertenang 20min baru ^_^

Masa berlalu dan terus berlalu, kul 3 mulai perjalanan ke HEP dengan tujuan yg mudah sekali iaitu serah buku KI dan marilah pulang ke kolej. Namun tidak semudah yg diduga "ish nie xlengkap nie, kena ada pengesahan, kami fhm tp at least ada 2 3 cop", sedang daku keluar terlihat notis, tanpa dibaca dengan teliti, dengan pantas menaip 'ko xpegi taklimat kemahiran insaniah ke?'. reply reply reply maka datanglah beliau bersama seangkatan tentera. "Oh apakah?" di benak fikiran. Sungguh malu namun diberanikan diri memohon maaf sambil menundukkan sedikit anggota badan.

Kemudian dimaafkan kerna ada juga antara mereka yg tidak kisah kerna mereka ingin singgah ke HEP untuk mengisi borang koko. Daku turut pergi bersama, maklumlah dengan penuh rasa bersalah. Di sini daku mulai ketahui akan sesuatu masalah yg besar, ya memang daku sudah lama mengisi borang koko namun TT berlaku kecuaian yg mengakibatkan asalnya masuk rekreasi menjadi kesatria. 5 perkara bermain difikiran;

  • topi harga bpe? 
  • baju harga bpe? 
  • dorg kata takde kawad tapi nanti mesti ada berbaris macam PLKN sebelum mula ape ape aktiviti, kaki kanan kaki kiri err baris dorg camner? 
  • kalau kem tak pakai hijau 24 jam boleyh ke? 
  • rambut paling panjang yg boleyh diterima had mne?"
Lalu berakhir bicara, ya mahu atau tidak mahu tidak akan mengubah apa-apa, pasrah sahaja. Turun dibawah hampir hampir diselekoh terdengar iqamah. Maka berhajat dihati ingin singgah seketika, namun ketika diraba-raba kandungan beg, kad aktiviti tiada, bergegas daku ke HEP untuk mengambilnya meninggalkan teman-teman dengan ucapan "ko kan belum tidur pergi la tidur, ko pulak nak pegi balik bilik pastu pegi fotostat kan? pegi la xpe biar aq pegi sorg sorg"

Ingin sambung perjalan namun tidak kesampaian
WAKTU BEKERJA TELAH TAMAT
kecil rasa diri

9 Mar 2012

Tanpa kusedari

Khamis [08/03/2012]

Selepas petang beransur menglesapi diri, daku makan bersama teman searas. Pada mulanya kurasakan hanya menjamu selera mengisi perut yang kekosongan, namun selepas selesai menjamah tatkala itu perjalanan ke luar kota bermula.

Pada mulanya memasuki kereta MyVi, daku mulai gundah dan gelisah kerna daku tidak membawa wang yg secukupnya untuk berhibur. Hanya ada wang sejumlah RM7 di kocek, RM3.80 sudah diguna buat mengisi perut. Kata mereka ingin pergi sunway menonton John Crocer, daku tidak tahu harus bagaimana mampu untuk mendapatkan wang sejumlah yg diperlukan.

Ya syukur, ada yg berubah fikiran, berkata "apa kata kita tengok esok saja, kita tengok sebelum kul 6 lebih murah lagi"
daku menyokong.

Lalu keluarlah kami pergi dari lokasi itu, tetapi tidak pula menyangka akan ke tempat lain. Dalam hati kecilku, "mereka ini, pelik-pelik sungguh". Berhenti di satu restoran melayu untuk melanggani shisha. Ya daku akui menyukainya, namun tidak pula wang di kocek menyokong hasratku, lalu daku tidak berkongsi wang untuk menikmati kelazatan shisha, hanya meminta secawan ais limau.

Sungguh tidak disangka memiliki peluang menghisapnya malah diberi kesempatan sehingga bersurai, mereka tidak hisap banyak, daku berkata "kenapa tak hisap lagi?", dia membalas "kenapa mesti hisap banyak-banyak? nak tunjuk siapa lagi kuat? aku tak sekuat kau hisap banyak-banyak". Dengan kehairanan daku mengucapkan "bukan itu maksudku cuma mahu bertanya"

Kemudian pula mengunjungi karaoke, ya macam biasa nak tong tong duit lagi, daku kata daku tidak mahu nyanyi, masa berlalu selama sejam, ya ada dua lagu daku terlibat sama, kenangan terindah samsons dan hijau zainal abidin.

Maka berakhirlah segalanya berakhir, daku amat berpuas hati. Cuma ya berfikir fikir juga bila masa daku pula berjasa kerna dilubuk hati kecil ada perasaan tersentuh dan serba salah.

The end of my story.

8 Mar 2012

Lukisan Kejuruteraan

Khamis [08/03/2012]

Drawing drawing drawing, kenapalah bila tarik pembaris paper jadi hitam hilang markah, hendak mengiapkan satu lukisan bukan sekejap, mahu makan masa 2 jam.

Kalau lukisan sempurna dapat 9/10
Kalau lukisan sempurna tapi comot dapat 8/10
Kalau lukisan ada lari sedikit jarak-jarak dapat 7/10
Kalau lukisan ada putus-putus, anak patah penanda tidak sempurna dapat 6/10

Markah daku tertinggi dapat 8 sebab masalah pembaris, dan kebanyakan 7 sebab asyik lari sahajalah jarak-jarak TT

Kini sedang melukis semula assignment 4 dan 5 kerana mendapat markah 5 dan 5, gara-gara kesuntukan masa dan kelewatan daku sendiri hadir ke bilik studio melukis.

YEAH WORK HARDER AND MORE COURAGE<--- yang penting keyakinan ^_^

Apakah aku dijangkiti penyakit

Khamis [08/03/2012]

Pagi ini tubuh daku merasakan kesejukan sehingga menggigil ibarat terperangkap di dalam peti beku.
Apakah daku demam? Terasa sedikit kehangatan tubuh ini melawan udara sejuk membeku.

Mungkin kehangatan ini adalah daripada hasil reaksi badan melawan kesejukan atau barangkali daku telah dijangkiti penyakit demam.

Daku ada sedikit bersenam, lompat bintang 150 kali dan tekan tubi 40 kali, ini sedikit sebanyak membantu menghangatkan lagi tubuh yang kian kaku. Semasa tekan tubi tangan ini sememangnya kaku ibarat akan patah. Maka daku menganggarkan ini berpunca dari kesejukan yang hadir dari entah di mana.

1 Mar 2012

Mini Project

Khamis[01/03/2012]

Hari ini jam 11pg daku dan teman telah berjaya melaksanakan presentation self powered vehicles (FOODCOURT CAR)
Kelajuan untuk ke garisan penamat adalah 2.91s yg telah berjaya mendapatkan tempat kedua.
*1st Place = 2.60s
*3rd Place = 3.00s

FOODCOURT CAR, nama yg diberi oleh kami.
Lecturer meminta kami menghasilkan rubberband car menggunakan barang terpakai,
jadi kami membuat keputusan untuk mengambil segala keperluan di foodcourt.

Gambar lakaran serta Gambar hasil FOODCOURT CAR kami...

 MATERIALS

· Wooden chopsticks
· Wooden sticks
· 2 rubber bands
· Wooden glue
· Bottle
· Bottle cap
· Double tape
· Rubber board
· Eraser