BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

10 Mar 2012

Tekanan jiwa with HEP system

'--,

Jumaat [09/03/2012]

Hari ini daku berjanji dengan seorang teman untuk berjumpa di depan LP(laman perdana) untuk pergi ke bilik lecturer lukisan kejuruteraan, maaf ya daku janji melayu. Kul 10 telah bangkit bersiap, tapi ada masalah perut dan misai daku hodoh sekali, jadi mengambil masa untuk menenangkan perut dan membuang misai. Maka janji sharp 10.30 menjadi 10.50, sabar dulu bertenang 20min baru ^_^

Masa berlalu dan terus berlalu, kul 3 mulai perjalanan ke HEP dengan tujuan yg mudah sekali iaitu serah buku KI dan marilah pulang ke kolej. Namun tidak semudah yg diduga "ish nie xlengkap nie, kena ada pengesahan, kami fhm tp at least ada 2 3 cop", sedang daku keluar terlihat notis, tanpa dibaca dengan teliti, dengan pantas menaip 'ko xpegi taklimat kemahiran insaniah ke?'. reply reply reply maka datanglah beliau bersama seangkatan tentera. "Oh apakah?" di benak fikiran. Sungguh malu namun diberanikan diri memohon maaf sambil menundukkan sedikit anggota badan.

Kemudian dimaafkan kerna ada juga antara mereka yg tidak kisah kerna mereka ingin singgah ke HEP untuk mengisi borang koko. Daku turut pergi bersama, maklumlah dengan penuh rasa bersalah. Di sini daku mulai ketahui akan sesuatu masalah yg besar, ya memang daku sudah lama mengisi borang koko namun TT berlaku kecuaian yg mengakibatkan asalnya masuk rekreasi menjadi kesatria. 5 perkara bermain difikiran;

  • topi harga bpe? 
  • baju harga bpe? 
  • dorg kata takde kawad tapi nanti mesti ada berbaris macam PLKN sebelum mula ape ape aktiviti, kaki kanan kaki kiri err baris dorg camner? 
  • kalau kem tak pakai hijau 24 jam boleyh ke? 
  • rambut paling panjang yg boleyh diterima had mne?"
Lalu berakhir bicara, ya mahu atau tidak mahu tidak akan mengubah apa-apa, pasrah sahaja. Turun dibawah hampir hampir diselekoh terdengar iqamah. Maka berhajat dihati ingin singgah seketika, namun ketika diraba-raba kandungan beg, kad aktiviti tiada, bergegas daku ke HEP untuk mengambilnya meninggalkan teman-teman dengan ucapan "ko kan belum tidur pergi la tidur, ko pulak nak pegi balik bilik pastu pegi fotostat kan? pegi la xpe biar aq pegi sorg sorg"

Ingin sambung perjalan namun tidak kesampaian
WAKTU BEKERJA TELAH TAMAT
kecil rasa diri

0 Peninggalan nota: